Selamat datang ke Laman Web Kelab Penerbitan dan Penyiaran (KP&P) Gereja SDA Parapat Darat

NEWS

Laman web ini boleh dicapai melalui alamat: http://parapatkpnp.co.cc atau www.parapatkpnp.blogspot.com

Adakah Krismas adalah perayaan orang Kristian? (Bahagian 4)

BAGAIMANAKAH 25 DISEMBER MENJADI KRISMAS?

Setiap 25 Disember, umat Kristian seluruh dunia akan berkumpul untuk merayakan Kelahiran Yesus. Tetapi bagaimanakah 25 Disember dikaitkan dengan kelahiran Yesus?

Alkitab memberikan beberapa petanda: sambutan Kelahiran Yesus tidak disebutkan dalam Kitab Injil (Matius, Markus, Lukas & Yohanes) atau Kisah Para Rasul; tarikh tidak diberikan mahupun masa dalam tahun. Ayat Alkitab yang merujuk kepada gembala menggembalakan domba mereka pada waktu malam apabila mereka mendengar berita Kelahiran Yesus (Lukas 2:8) mungkin merujuk kepada musim semi; dalam erti kata lain pada bulan Disember yang sejuk domba mungkin akan beku.

Menjelang abad ke-4, terdapat dua tarikh yang diakui secara meluas, dan juga dirayakan sekarang sebagai Kelahiran Yesus: 25 Disember di Barat Empayar Rom dan 6 Januari di sebelah Timur (terutamanya di Mesir dan Asia Minor). Gereja di Armenia moden masih menyambut Krismas pada 6 Januari; walaubagaimanapun 25 Disember lebih tersebar luas, manakala 6 Januari akhirnya dikenali sebagai Hari Epifani (Feast of the Epiphany), sebagai memperingati ketibaan 3 orang Majus di Bethlehem. Jangka waktu antara dua tarikh ini menjadi musim perayaan kemudiaannya dikenali sebagai 12 hari Krismas.

Catatan terawal yang menyebutkan 25 Disember sebagai hari lahir Yesus bermula dengan takwim Rom pada pertengahan abad ke-4 yang menyenaraikan tarikh-tarikh kematian beberapa uskup dan pejuang Kristian. Tarikh yang pertama disenaraikan ialah 25 Disember yang ditandakan sebagai: natus Christus in Betleem Judeae: "Kristus dilahirkan di Betlehem Yudea."

Hampir 300 tahun selepas kelahiran Yesus, barulah kita melihat orang mendapati kelahiran-Nya pada pertengahan musim Sejuk. Tetapi bagaimanakah mereka boleh menetapkan 25 Disember dan 6 Januari ?

Terdapat dua teori yang menerangkan persoalan tersebut: satu sangat popular dan satu lagi jarang didengari:

Teori yang sangat terkenal mengenai asal usul tarikh Krismas ialah tarikh ini dipinjam daripada perayaan kafir. Orang Rom mempunyai pesta Saturnalia semasa pertengahan musim sejuk pada hujung bulan Disember; orang kebanyakan di utara dan barat Eropah juga mempunyai perayaan pada masa tersebut. Kemuncak daripada itu, pada tahun 274, Kaisar Aurelian menetapkan perayaan kelahiran Sol Invictus (Matahari yang tak tertakhluk), pada 25 Disember. Krismas berkembang daripada perayaan kafir ini. Menurut teori ini, Kristian awal mempertimbangkan untuk memilih tarikh ini untuk menyokong penyebaran Krismas dan ajaran Kristian ke seluruh empayar Rom. Sekiranya Krismas kelihatan seperti perayaan kafir, lebih ramai orang kafir akan terbuka kepada perayaan dan Tuhan yang mana hari lahirnya disambut.

Meskipun populariti teori ini pada ketika ini, teori mengenai asal usul Krismas mempunyai masalahnya yang tersendiri. Hal ini tidak ditemui dalam mana-mana tulisan Kristian kuno. Penulis Kristian pada masa itu mencatat kaitan antara Soltis dan Kelahiran Yesus: misalnya, Ambrose (339-297), seorang paderi menerangkan Kristus sebagai matahari yang sebenar, yang menerangi semua tuhan yang jatuh. Tetapi Kristian awal tidak memberikan sebarang petunjuk; mereka secara jelasnya tidak berfikir tarikh tersebut dipilih oleh gereja. Mereka lebih melihat kepada kebetulan ini sebagai ketentuan, bukti nyata bahawa Tuhan memilih Yesus daripada semua tuhan kafir yang salah.

Sehinggalah pada abad ke-12 terdapat cadangan pertama bahawa perayaan kelahiran Yesus adalah sengaja ditetapkan sama waktu dengan perayaan kafir. Nota pada manuskrip tulisan seorang pengulas Alkitab berbangsa Syria, Dionysius bar-Salibi menyatakan bahawa pada zaman kuno, Krismas telah dipindahkan daripada 6 Januari kepada 25 Disember supaya ianya bersamaan dengan tarikh perayaan kafir, Sol Invictus. Pada abad ke-18 dan ke-19, sarjana Alkitab terdorong untuk mempelajari hal ini. Mereka menyatakan bahawa oleh kerana Kristian awal tidak mengetahui bila Yesus, mereka secara sengaja menerima perayaan kafir untuk kepentingan mereka sendiri dan mengatakan tarikh itu sebagai kelahiran Mesias seterusnya merayakannya.

Tarikh Krismas pertama kali dinyatakan (tahun 200) dan tarikh sambutan terawal yang diketahui (tahun 250-300) bermula pada jangka masa dimana umat Kristian belum meminjam banyak tradisi kafir. Pada abad terawal, minoriti Kristian yang disiksa lebih tertumpu untuk bersembunyi daripada penganut ajaran kafir. Hal ini berlaku semasa penyiksaan Kristian yang dipimpin oleh Kaisar Diocletian pada tahun 303 sehingga 312.

Hal ini berubah apabila Konstantin menganut agama Kristian. Sejak pertengahan abad ke-4, didapati Kristian mula secara sengaja mengadaptasi dan mengkristiankan perayaan kafir. Orang yang paling terkenal menyokong amalan ini ialah Paus Gregorius Agung, yang mana dalam suratnya yang ditulis pada tahun 601 kepada misionari Kristian di Britain, mencadangkan bahawa tempat sembahyang kafir tidak dirobohkan melainkan menukarkannya kepada gerja, dan bahawa perayaan Kristian disambut sebagai perayaan pejuang Kristian. Pada masa ini, Krismas telah mengambil beberapa perhiasan kafir. Tetapi tidak terdapat bukti yang menyatakan Kristian mengambil perayaan kafir pada abad ke-3, dimana tarikh Krismas diakui. Tidak kelihatan bahawa tarikh ini sengaja dipilih bersamaan dengan perayaan kafir.

Terdapat cara lain untuk menerangkan asal usul Krismas pada 25 Disember: mungkin agak pelik, namun asas untuk menetapkan tarikh kepada kelahiran Yesus mungkin dengan mengambil kira kematian Yesus semasa Paskah. Pendapat ini pertama kali dicadangkan oleh Louis Duchesne, seorang sarjana Perancis pada awal abad ke-20 dan dikembangkan Thomas Talley beberapa tahun kemudian. Namun mereka bukannya orang pertama yang mengaitkan tarikh kematian Yesus dan kelahiran-Nya.

Idea ini ditampilkan dalam buku yang bertajuk 'On Solstices and Equinoxes', yang mana berasal daripada Afrika Utara pada abad ke-4. Perbahasan tersebut menyatakan: "Maka, Tuhan kita dikandungkan pada hari ke-8 hari pertama April dalam bulan Mac (25 Mac), hari dimana penderitaan Yesus dan penurunan-Nya. Sebab pada hari Dia diturunkan, Dia akan disalibkan." Berdasarkan buku tulisan ini, buku ini memberikan tarikh lahir Yesus pada soltis musim sejuk.

Augistine, juga sangat berkaitan dengan pertubuhan ini. Dalam 'On The Trinity' (339-419) dia menuliskan: "For he [Jesus] is believed to have been conceived on the 25th of March, upon which day also he suffered; so the womb of the Virgin, in which he was conceived, where no one of mortals was begotten, corresponds to the new grave in which he was buried, wherein was never man laid, neither before him nor since. But he was born, according to tradition, upon December the 25th."

Di Timur juga, tarikh penurunan Yesus dan kematian-Nya dikaitkan. Tetapi mereka tidak mengambil kira hari ke-14 Nisan dalam calendar Ibrani, orang Timur menggunakan hari ke-14 musim Semi (Artemisios) dalam Kalendar Greek mereka – 6 April pada calendar sekarang. 6 April tentunya tepat 9 bulan sebelum 6 Januari – tarikh Krismas bagi Timur. Terdapat bukti bahawa April berkait dengan penurunan dan Penyaliban Yesus. Bishop Epiphanius dari Salamis menuliskan bahawa pada 6 April, "Domba disimpan dalam rahim seorang anak dara suci, Dia yang mengambil dan membuangkan dosa dunia melalui pengorbanan." Sehingga kini, Gereja Armenia menyambut Hari memperingati pemberitahuan tentang kelahiran Yesus kepada Maria pada awal April (pada hari ke-7, bukan hari ke-6) dan Krismas pada 6 Januari.

Hasilnya, terdapat dua bahagian dalam pengiraan kelahiran Yesus berdasarkan konsep kematian dan penurunan-Nya berlaku pada hari yang sama (25 Mac atau 6 April) dan diikuti dengan dua hasil yang berdekatan tetapi berbeza (25 Disember dan 6 Januari).


Berdasarkan kedua-dua teori yang kita sudah bincangkan, tidak terdapat sebarang kepastian mengenai tarikh sebenar Kelahiran Yesus mahupun bukti jelas 25 Disember sebagai Tarikh Lahir Kristus yang sebenar. Namun, satu perkara yang sangat nyata Pengikut Kristus yang terawal tidak merayakan Kelahiran Yesus dan 25 Disember sudah lama dirayakan oleh orang-orang Kafir.