Selamat datang ke Laman Web Kelab Penerbitan dan Penyiaran (KP&P) Gereja SDA Parapat Darat

NEWS

Laman web ini boleh dicapai melalui alamat: http://parapatkpnp.co.cc atau www.parapatkpnp.blogspot.com

Adakah Krismas adalah perayaan orang Kristian? (Bahagian 3)

SEJARAH KRISMAS

Di sebalik perayaan paling popular ini ada cerita yang sepatutnya kita ketahui. Sejarah-sejarah ini akan menerangkan asal usul Krismas.

Pertengahan
musim dingin telah lama dirayakan sebelum kelahiran Yesus. Orang Eropah yang awal menyambut cahaya dan kelahiran semasa hari yang paling gelap semasa musim sejuk. Ramai org berpesta semasa soltis musim sejuk, iaitu apabila musim sejuk sudah berlalu dan mereka boleh menantikan hari yang lebih panjang. Semasa zaman Skandinavia kuno, ada hari-hari tertentu dimana matahari tidak akan bersinar. Mereka akan mengadakan pesta yang dipanggil Yule semasa kemunculan semula cahaya matahari bermula 21 Disember (soltis musim sejuk bermula) sehingga Januari. Para bapa dan anak lelaki akan membawa potongan kayu bakar dan membakarnya sebagai penghargaan kepada kemunculan matahari. Mereka akan berpesta sehingga kayu bakar tersebut habis terbakar yang mana mengambil masa 12 hari. Bangsa Norse percaya setiap percikan yang keluar daripada api tersebut melambangkan ternakan yang akan lahir pada tahun yang akan datang.

Hujung bulan Disember merupakan masa yang paling sesuai untuk berpesta di kebanyakan tempat di Eropah. Pada waktu itu, hampir semua ternakan akan disembelih supaya mereka tidak perlu member makan kepada ternakan tersebut apabila musim sejuk tiba. Di kebanyakan tempat, waktu tersebut merupakan satu-satunya masa dimana mereka mendapat bekalan daging segar.

Di Jerman, Tuhan Oden akan dihormati semasa perayaan pertengahan musim sejuk. Bangsa Jerman takut kepada Oden kerana mereka percaya dia mengembara di langit sepanjang malam untuk memerhatikan pengikutnya dan akan menentukan siapa yang akan diberkati dan dihapuskan. Oleh sebab itu, ramai orang tidak akan keluar dari rumah sepanjang masa tersebut.

Di Rom, musim sejuk tidak seteruk tempat-tempat yang lebih jauh di utara. Mereka merayakan Saturnalia iaitu suatu perayaan untuk menghormati Saturn, tuhan tanam-tanaman. Bermula seminggu sebelum soltis musim sejuk selama sebulan Saturnalia merupakan masa hedonistic (masa yang dikhususkan untuk kesenangan atau kenikmatan) iaitu makanan dan minuman berkelimpahan dan struktur sosial akan berubah. Hamba akan menjadi tuan, petani akan memerintah, dan sekolah serta bisnes akan ditutup selama sebulan.

Juga semasa Soltis musim sejuk, orang Rom akan merayakan Juvenalia iaitu sebuah pesta untuk menghormati kanak-kanak di Rom. Manakala masyarakat kelas atasan akan merayakan hari jadi Mithra iaitu tuhan matahari yang tidak dapat ditakhluki pada 25 Disember. Menurut kepercayaan mereka, Mithra, anak tuhan dilahirkan daripada batu. Sebahagaian orang Rom menganggap hari jadi Mithra adalah hari paling suci setiap tahun.

Kira-kira 4000 tahun dahulu,orang Mesopotamia merayakan 12 hari perayaan yang dinamakan Zagmuth. Orang Mesopotamia yang percaya kepada banyak tuhan, mengadakan pesta ini untuk menyembah ketua tuhan mereka, Marduk kerana mereka percaya dia akan memerangi raksasa kekacauan pada permulaan setiap musim sejuk. Dipercayai perayaan 12 hari Krismas (12 days of Christmas) berasal daripada pesta ini.

Semasa awal Kristian, hanya Easter (paskah) yang disambut, hari jadi Yesus tidak disambut.