Selamat datang ke Laman Web Kelab Penerbitan dan Penyiaran (KP&P) Gereja SDA Parapat Darat

NEWS

Laman web ini boleh dicapai melalui alamat: http://parapatkpnp.co.cc atau www.parapatkpnp.blogspot.com

BANJIR JEJASKAN KEHADIRAN KE GEREJA.




Parapat: Sabat pertama dalam tahun 2009 mencatatkan sejarah yang tersendiri. Kehadiran yang dicatatkan pada 3 Januari sangat sedikit berbanding Sabat-sabat yang sebelumnya.

Hal ini merupakan akibat banjir yang melanda daerah Kudat pada hari berkenaan. Hujan yang berpanjangan sejak 2 Januari menyebabkan ramai anggota tidak dapat datang ke gereja untuk berbakti.

Sementara itu, anggota-anggota yang tidak terjejas dengan keadaan itu masih meneruskan kebaktian. Walaupun kehadiran yang sedikit dan bekalan elektrik terputus, kebaktian tetap diadakan. Hanya beberapa keluarga yang dapat bergabung pada Sabat tersebut, antaranya ialah keluarga Robert, keluarga Ronald, keluarga Lisah, keluarga Jonuling, keluarga Ps. Matiun, serta beberapa anggota yang lain.



Pada pagi Sabat berkenaan, keluarga-keluarga yang tinggal di Kg. Rukom tidak dapat melalui jalan yang menghubungkan Kg. Parapat Darat dan Kg. Kandawayon. Walaubagaimanapun mereka masih mengadakan kebaktian Hari Sabat di rumah keluarga Junial.

Bagi keluarga Joseph, hari Sabat tersebut merupakan hari yang mencemaskan kerana rumah mereka mengalami runtuhan. Keadaan ini menghalang mereka daripada datang ke gereja selain daripada jalan yang menghubungkan rumah mereka dengan gereja tidak dapat dilalui. Sebahagian daripada anggota terutamanya anggota-anggota yang tinggal berhampiran dengan rumah keluarga datang untuk membantu keluarga ini pada hari tersebut.

Menjelang petang, keadaan semakin pulih dan sebahagian anggota berkesempatan untuk melawat keluarga Joseph dan melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku. Pada waktu petang, sekitar jam 7 sebuah kebaktian penutupan Sabat yang ringkas dan gelap kerana tiada bekalan elektrik diadakan di rumah beliau.